PORTAL MUSLIM:
Berhubungan
suami istri harus dilakukan penuh adab dan ada waktu-waktu yang dibolehkan dan
ada waktu – waktu yang dilarang untuk melakukan hubungan suami istri. Hal ini
disebabkan karena dalam Islam hubungan suami istri adalah ibadah dan bernilai
pahala.
Adapun
waktu waktu yang dilarang untuk berjima’ yaitu:
1.
“Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari
pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di
hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah
mengenainya dan anaknya.”
2.
“Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu
itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang
bermata juling.”
3.
“Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka
anak itu tidak selamat daripada bisu.”
4.
“Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap
perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat
benci dan hina.”
5.
“Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran,
maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari
langit yang membakar kamu berdua.”
6.
“Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala
dan pada isterimu satu tuala.”
7.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala,
nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya
daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan
mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan
talak.”
8.
“Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya
Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah
tua.”
9.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha,
maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang
yang berjari enam atau empat.”
10.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari
(secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu
mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
11.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang
berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,
nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang
ketua yang bengis,”
12.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan
iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah mengurniakan
anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”
13.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali
kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan
bakhil tangan.”
14.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu)
Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan
kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan
rambutnya.”
15.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni
tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang
sentiasa perlu meminta-minta. “
16.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap
saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi
penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat
kebinasaan kepada manusia.”
17.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu
berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
18.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak
keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang
tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina
kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
19.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar
bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu
sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia
menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
20.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka
sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang
tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”
Sumber:
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”..1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”..1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.
Sumber
blog: