13 Perkara Yang Harus Dijaga Oleh Wanita
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang
mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta
supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil
Bari.)
2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan)
membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan
kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya
pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman
jahiliyah ….
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah
dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang
berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta
supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat
perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan
Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan
tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui
Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma!
Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan
anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis
Riwayat Muslim dan Bukhari.)
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan
dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan
seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad,
Abu Daud dan Tirmidzi.)
10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya,
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab
Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam
bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)
11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah
mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan
dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa
di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia
ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat
Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di
rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama
yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari
akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn
Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang
demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak
diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan
ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang
condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka
tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/
membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di
dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan
mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin
Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang
paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
sumber : ukhtiindonesia.com